Ruangan ini adalah ruangan untuk penulis berkongsi tentang pengalaman & aktiviti yang dilakukannya.
Tugasan Pertama: Asas Grafik
Tugasan pertama, asas grafik. Setiap gambar sebenarnya perlu memiliki 3 elemen daripada 5 elemen yang utama. Iaitu, WARNA, KESESUAIAN, SEIMBANG, TEKS, & MUDAH. Dan, daripada 3 asas grafik tersebut perlu ada satu yang paling dominan. Dr Notts meminta setiap kumpulan untuk memilih 5 gambar yang terdapat dalam majalah dan tentukan sendiri elemen yang paling dominan untuk kelima-lima gambar tersebut.
|
Tugasan Kedua: Asas Fotografi
Tugasan kedua, asas fotografi. 3 shot utama untuk asas fotografi ialah mug shot, medium shot, & long shot. Mug shot ialah shot seperti gambar pasport. Yang perlu nampak hanyalah bahagian wajah sahaja. Manakala medium shot pula ialah shot daripada aras kepala sehingga aras pinggang sahaja. Long shot pula ialah gambar yang menampakkan keseluruhan tubuh badan.
|
Tugasan Ketiga: Simpulan Bahasa
|
Tugasan ketiga, Dr. Notts meminta kami untuk menyenaraikan 12 simpulan bahasa bagi setiap kumpulan. Kemudian, setiap kumpulan perlu mengambil gambar yang menggambarkan simpulan bahasa tersebut dan memasukkannya dalam power point berserta lagu untuk dipersembahkan.
|
|
Tugasan Keempat: One Shot Video
|
Video ini merupakan tugasan keempat bagi memenuhi kehendak kursus BBM3410, Bahasa Dalam Multimedia. Antara arahan yang Dr. berikan untuk menghasilkan video ini ialah:
Alhamdulillah. Dalam masa satu hari kumpulan kami berjaya menyiapkan tugasan ini dengan dibantu oleh ahli daripada kumpulan lain iaitu Nazh Nazra. Penghasilan video ini memberi satu pengalaman baru bagi kami semua. |
Tugasan Kelima: Video Seram
Video ini meruapakan tugasan kelima bagi memenuhi kehendak kursus BBM3410, Bahasa Dalam Multimedia. Untuk tugasan kali ini, kami dikehendaki untuk menghasilkan video ber'genre' seram, tanpa suara, & berdurasi 4 minit. Walaupun terdapat banyak kekangan ketika menghasilkan mahupun menyunting video ini, kumpulan kami berjaya melakukannya. :)
|
|
Tugasan Keenam: Video Tanpa Wajah
|
Video ini merupakan tugasan keenam bagi memenuhi kehendak kursus BBM3410, Bahasa Dalam Multimedia. Untuk tugasan kali ini, Dr. Notts meminta kami untuk menghasilkan video tanpa wajah. Tetapi mesti memilih satu benda atau alat mahupun anggota badan sebagai fokus utama. Video ini hendaklah berdurasi 4 minit. Kumpulan kami telah memilih beg sama ada beg tangan mahupun beg duit sebagai fokus utama. Alhamdulillah, penggambaran video ini berjaya disempurnakan hanya dalam masa 1/2 hari.
|
Tugasan Amali: Kalendar 2014
Kalendar ini merupakan tugasan amali bagi memenuhi kehendak kursus BBM3410, Bahasa Dalam Multimedia. Dalam kelas amali, Cik Hidayati & Encik Firdaus telah memberi tunjuk ajar cara-cara menghasilkan kalendar dengan menggunakan perisian adobe photoshop. Kami diberi tempoh selama 4 minggu untuk menyiapkannya dan dihantar kepada pensyarah setelah dicetak di Kedai Serdang Print.
|
|
Tugasan Amali: Poster
|
Poster ini merupakan tugasan amali bagi memenuhi kehendak kursus BBM3410, Bahasa Dalam Multimedia. Kami dikehendaki untuk menyiapkan tiga poster yang bersaiz A3. Poster tersebut perlu mengandungi kata-kata hikmah, dan latar belakang poster tersebut perlu berkaitan dengan kata-kata hikmah yang telah dipilih. Daripada 3 poster tersebut, kami hanya dibenarkan untuk mencetak satu daripadanya.
|
Tugasan Amali: Persembahan Slaid
|
Pada minggu ke 8, Cik Hidayati & Encik Firdaus meminta kami untuk menyediakan satu persembahan slaid mengenai tempat-tempat menarik di Malaysia. Saya telah memilih Gua Niah Miri, Sarawak. Slaid tersebut perlulah mengandungi latar belakang tentang tempat yang dipilih, keistimewaan & kekurangan tempat yang dipilih, gambar persekitaran, serta kesimpulan. Slaid tersebut juga hendaklah mengandungi lagu sebagai latar muzik & video tentang tempat yang telah dipilih. Kami diminta untuk membentangkan persembahan slaid ini pada minggu ke9.
|