Ruangan ini adalah ruangan untuk penulis menceritakan serba sedikikit tentang diri beliau.
Nabillah Bt Bolhassan dilahirkan pada 4 Februari 1990. Merupakan puteri kedua daripada lima adik-beradik. Mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Sibu. Kemudian, meneruskan pembelajarannya di Sekolah Rendah Jalan Deshon dan SMK Agama Sibu sehingga tingkatan 6. Kini, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu.
Gemar mengisi lapang dengan membaca novel-novel Melayu dan buku-buku motivasi karya penulis-penulis terkenal seperti Hlovate, Aisya Sofea, Siti Rosmizah, Hilal Asyraf, Fynn Jamal, dan Zahiril Adzim. Beliau juga aktif dalam penulisan blog dan menjadikan blog tersebut sebagai medium untuk berkarya dan meningkatkan mutu penulisannya. Beliau pernah menyertai Bengkel Lanjutan Penulisan Kreatif 2007 bagi Zon Sibu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak. Sering menjadikan tema cinta dalam menghasilkan karya kerana baginya cinta itu sangat universal, bukan sahaja cinta sesama insan tetapi juga cinta kepada pencipta, alam semula jadi dan sebagainya.
“Cinta tidak semestinya memiliki. Tapi, cinta pada Illahi itu hakiki, cinta sesama insan itu pasti”